
|
Luahan rasa, bicara tentang hati dan cinta
Saturday, June 2, 2012 | 12:59 PM | 0 comments
Salam.
Yup. Jam dah menunjukkan jam 3.46 pagi. Mata masih segar. I baru habis design TQ sticker untuk wedding one of my customer. Tak tahu la dia suka ke tak. I hope dia suka. Lepas tu I touch up sikit sikit blog yang paling latest I edit. I ambil masa seminggu lebih nak siapkan blog akak tu. Busy punya pasal. Pastu hari tu lappy buat hal pulak. Dah amek masa kat situ.
Ahh. Memang sangat busy. Tapi dalam masa busy busy ni pun I boleh terfikirkan pasal nak buat bisnes. Cara nak kumpul duit. Yelah, bila I sebut je soal kahwin dengan dia, dia mesti cakap "tunggu la duit cukup.." Tapi sampai bila?? Sampai bila bila pun duit takkan cukup kalau hati memang tak nak kan? hmm..
I bukan apa. Bukan menggatal sangat nak kahwin ke, apa ke. Tapi bila fikirkan hubungan kami yang dah nak mencecah tahun keempat ni, I rasa macam tak sedap hati kalau kitorang tak fikirkan about our future. Apa tujuan kitorang bercinta kalau pengakhirannya menyedihkan atau dengan kata lain, perpisahan? I tak nak benda tu berlaku. Sungguh I tak sanggup! Memang kadang kadang mulut I terlampau lancang sampai bila bergaduh sikit dah mintak putus. Mulut. Mulut. Memang sedap aje bercakap. Tapi hati I tak bermaksud begitu. I nak sesuatu yang indah untuk diri I dan dia.
Dia tak romantik. Tapi kadang kadang I rasa dia romantik sangat sangat! Macam hari tu, dia cakap dengan I pasal hati dan cinta. Time tu I rasa macam nak nangis sebab dia romantik sangat. Dalam fikiran I, kan bagus kalau I dah jadi isteri dia? Urmmm. gatal sungguh! Tapi kita memang tak boleh nak menidakkan kebenaran. Hati I memang berkata begitu.
Then now, I tengah berusaha bersungguh sungguh untuk cari duit lebih. Untuk masa depan kami. Walaupun dia ada lagi 6 bulan untuk complete his study. I hope dia akan buat yang terbaik demi masa depan kami. I tetap akan tunggu dia. Tapi penantian tu memang suatu penyeksaan kan??? :'(
Labels: chenta hati, diary, encik bobo, luahan hati Pendam duka dalam hati :'(
Thursday, May 24, 2012 | 9:52 AM | 2 comments
Salam.
# Tukar kata ganti nama kepada "aku". *More comfortable kot untuk entry kali neh.
Heh? Belog lagi satu tak ber-update, aku pergi update belog neh? Hah. Biar la. Mana mana belog pun sama jugak. Hmm. Macam ni lah gaya aku. Bila dah ber-gaduh, ber-masam muka, ber-kecik hati, ber-sentap, aku akan selalu update dekat sini. Sebab apa?? Sebab aku akan baca balik apa yang aku taip. Mungkin aku sorang jek yang layan feeling sorang sorang update and baca belog ni balik bila aku sedih, bila aku kecewa, bila aku mengalirkan air mata kerana dia.
Entah la. Aku rasa sakit sangat. Kalau korang pun mesti akan rasa benda yang sama jugak. Bila orang yang korang sayang berkali kali kecik kan hati korang. Mintak maaf, berjanji akan jaga hati aku baik baik. Tapi dia selalu ulang benda yang sama. Ini belum kahwin lagi. Macam mana agak nya bila dah kahwin nanti???
Ahh. Aku dah lama dapat jawapannya. Aku akan sentiasa berjauh hati bila dia takde depan mata. Bila dia jauh, kitorang selalu bergaduh. Sebab aku hanya nak kan perhatian dia. Itu aje. Tak lebih dari itu.
Bila dia ada dekat dengan aku, sangat jarang kitorang bergaduh. Kalau gaduh tu pun takkan sampai berapa jam pun. Sebab aku sayang sangat dekat dia. Dah macam macam aku cuba korbankan demi dia. Tapi dia tak faham. Dia cuma ingat pengorbanan dia je. Habis hati aku siapa yang nak jaga??
Mungkin aku dah tersilap. Aku dah tersalah langkah lagi. Aku kecundang untuk entah yang keberapa kali nya dalam bercinta. Aku belum cukup bersedia untuk mengharungi suka duka dan pahit manis bercinta. Mungkin kesannya lebih lama dan mungkin aku takkan bercinta lagi selepas dia. Sebab aku dah berjanji dengan diri aku yang dia mungkin bukan yang pertama dalam hidup aku, tapi aku akan jadikan dia yang terakhir dalam hidup aku.
Aku memang boleh buat muka happy, macam takde masalah. Malas nak meroyan lebih lebih kat fesbuk, kat blog macam dulu dulu. Tapi dalam hati ni sakit nya tuhan je yang tahu. Betapa sakitnya bila family jauh, bf pun jauh. Time cuti pun bukan main susah nak balik. Ada je alasan. Balik sini bukan main lambat, balik sane bukan main awal lagi. Memang pedih sangat bila ada terpaksa memendam perasaan. Tapi apa aku boleh buat? Sabar? Huh, memang dah selalu. Apa la nasib aku. :'(
Wise words for Nurul Izzati: Get your education, career, financial & emotional prepared if you're ready to get love. Get married if you wanna get laid. :D
Kenapa aku tak sekuat dulu? Kenapa dulu aku masih boleh bangun setelah gagal dalam bercinta tapi tidak sekarang? Aku kesal dan aku rasa aku sungguh bodoh dalam menilai cinta. Terima kasih untuk dia yang sabar menerima aku. Terima kasih di atas semua KASIH SAYANG, wang ringgit dan AIR MATA yang dia telah berikan untuk aku. Aku terima ketentuan ini dengan pasrah dan redha. Pen off.
Labels: airmata cinta, broken heart, diary, emosi, encik bobo, luahan hati, memories, sedih, sorry |
![]() About Love Quotes Love Moment ![]() |